Langkau ke kandungan
Logistik

Warehouse Supervisor

Forest Cloud SDN BHD

RM3,000 - RM4,000 /bln

Selangor - Kota Damansara, Selangor
Mohon via WhatsApp

Deskripsi Kerja

Forest Cloud Beverage Company sedang mencari Warehouse Supervisor yang bertanggungjawab dan sanggup turun padang untuk mengawasi operasi harian gudang di HQ kami di Kota Damansara.

Tanggungjawab utama

  • Menyelia operasi harian gudang dan mengagihkan tugas kepada staf gudang.
  • Menyelaras proses penerimaan, pemeriksaan, penyimpanan, picking, packing dan penghantaran barang.
  • Memastikan semua stok masuk dan keluar direkodkan dengan tepat.
  • Menjalankan kiraan stok secara berkala dan menyiasat sebarang perbezaan.
  • Memantau paras stok dan memastikan kawalan inventori yang betul.
  • Memastikan produk disimpan dengan selamat dan disusun mengikut prosedur gudang.
  • Menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan tempat kerja di gudang.
  • Memantau kehadiran, produktiviti dan prestasi kerja staf.
  • Berkoordinasi dengan pasukan production, purchasing, sales dan delivery.
  • Menyediakan laporan gudang serta menyelesaikan isu operasi, kelewatan atau barang rosak.
  • Memastikan prosedur gudang dan polisi syarikat dipatuhi.

Syarat

  • Pengalaman dalam operasi gudang, inventori atau logistik lebih diutamakan.
  • Pengalaman menyelia atau mengetuai pasukan menjadi kelebihan.
  • Kefahaman yang baik tentang kawalan inventori dan dokumentasi gudang.
  • Kemahiran komputer asas, termasuk Microsoft Office dan sistem inventori.
  • Kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
  • Bertanggungjawab, teratur dan boleh bekerja secara berdikari.
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Boleh bekerja di Kota Damansara.

Lokasi: Forest Cloud HQ, 8, Jln Teknologi 3/5A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Sila mohon melalui Mudah atau email resume terkini anda ke eetheng@forestcloud.com.my.

Jawatan ini termasuk dalam bidang pembantu gudang. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja pembantu gudang; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji pembantu gudang daripada iklan lain.

Maklumat Jawatan

Jenis kerja
Sepenuh masa

Mengenai Syarikat

Forest Cloud SDN BHD

Semua jawatan syarikat ini

Sumber: Mudah · Terakhir dilihat

Panduan berkaitan

Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.

Jawatan Serupa

Lorry Driver

Arifa Laundry (M) Sdn Bhd

Logistik

RM2,400 /bln

Johor Bahru, Johor

Kami sedang mencari Pemandu Lori yang boleh diharap untuk mengambil dan menghantar linen kepada pelanggan kami. Tugas: Memandu…

Tetap
Lihat
Kesihatan

RM1,700 /bln

Petaling Jaya, Selangor

Menjalankan facial, skincare, dan treatment yang disediakan oleh branch mengikut SOP. Memberikan penerangan mengenai treatment,…

Tetap
Lihat
[Pekerja] Cari Kerja