Langkau ke kandungan

Dasar Privasi

Kemas kini: 7 Ogos 2026

Ringkasnya

KolarBiru tiada akaun, tiada log masuk, dan tidak meminta nama, nombor telefon atau resume anda. Anda boleh guna seluruh laman ini tanpa memberi sebarang maklumat peribadi.

Apa yang kami kumpul

Kami guna Google Analytics untuk tahu halaman mana yang berguna — berapa ramai melihat sesuatu jawatan, kategori mana paling dicari, dan butang mohon mana yang diklik. Ia merekod lawatan, bukan orang: kami tidak nampak siapa anda.

Google Analytics menyimpan kuki pada pelayar anda. Selain itu KolarBiru tidak menyimpan apa-apa kuki sendiri, dan tidak menggunakan localStorage mahupun teknologi penjejakan lain.

Kotak carian

Perkataan yang anda taip dalam kotak carian dihantar sebagai sebahagian daripada alamat halaman keputusan, dan direkod dalam Google Analytics sebagai istilah carian. Ia membantu kami tahu kerja apa yang dicari tetapi tiada dalam senarai kami. Jangan taip maklumat peribadi di situ.

Pihak ketiga

Tiga pihak ketiga boleh nampak alamat IP anda apabila anda melawat:

  • Google Analytics — statistik lawatan.
  • Google Fonts — memuatkan tulisan halaman.
  • WhatsApp — hanya apabila anda klik butang mohon. Selepas itu perbualan adalah antara anda dan majikan; kami tidak nampak kandungannya.

Memohon kerja

Permohonan tidak melalui KolarBiru. Butang mohon menghantar anda terus kepada majikan melalui WhatsApp, telefon, e-mel, atau ke portal asal iklan tersebut. Apa yang anda beri kepada mereka tertakluk kepada dasar privasi mereka, bukan kami.

Soalan

Ada soalan tentang dasar ini, atau mahu iklan anda dibuang daripada KolarBiru? Hubungi kami melalui halaman majikan.