Service Technician
Imec Hygiene Sdn. Bhd.
RM2,000 - RM2,600 /bln
Deskripsi Kerja
Sertai Pasukan Kami Yang Sedang Berkembang! Kami sebuah syarikat yang sedang pesat membangun dalam bidang pembekalan, pemasangan, servis, pembaikan dan penyelenggaraan peralatan serta mesin pencucian. Seiring dengan pertambahan pelanggan kami, kami mencari Technician yang berdedikasi dan berkemahiran untuk menyertai pasukan kami dan menyokong operasi kami yang semakin berkembang. Jika anda minat dengan kerja teknikal, suka mencari punca kerosakan dan membaiki mesin, serta ingin membina kerjaya dalam organisasi yang dinamik dan sedang berkembang, kami ingin mendengar daripada anda. Syarat
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Kelayakan minimum SPM, SPVM, Sijil Vokasional, Diploma atau Degree.
- Rekod kehadiran yang baik dan pengurusan masa yang baik.
- Boleh berkomunikasi dengan berkesan, bekerjasama dan bekerja dengan baik dalam pasukan.
- Mempunyai GDL (Goods Driving Licence) adalah satu kelebihan. Tanggungjawab
- Memeriksa dan mengenal pasti masalah mesin pelanggan serta menyediakan Service Report/Service Note.
- Membaiki dan menyelenggara mesin pelanggan mengikut prosedur operasi standard syarikat.
- Melaksanakan kerja pemasangan dispenser dan peralatan berkaitan.
- Memasang mesin dan menjalankan pemeriksaan Quality Control (QC).
- Mengambil dan menghantar mesin pelanggan apabila diperlukan.
- Mematuhi semua peraturan jalan raya dan prosedur operasi standard syarikat pada setiap masa.
- Memastikan kenderaan syarikat sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.
- Sedia bekerja lebih masa (OT) dan keluar stesen apabila diperlukan. Faedah
- 5 Hari Bekerja
- Bonus Prestasi
- EPF, Socso & EIS
- Cuti Tahunan
- Insurans Group Personal Accident dan Hospitalise Jadilah sebahagian daripada kejayaan kami dan bina kerjaya anda bersama kami hari ini! Hantar resume anda bersama gaji yang dijangka dan tarikh anda boleh mula bekerja ke hr@imec.com.my.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Sepenuh masa
Mengenai Syarikat
Imec Hygiene Sdn. Bhd.
Semua jawatan syarikat iniSumber: Mudah · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.