Pemandu Lori Jualan
Rompin Enterprise
RM2,000 - RM2,800 /bln
Deskripsi Kerja
Tanggungjawab Utama
- Memandu lori untuk menjalankan jualan dan penghantaran gas mengikut laluan serta jadual yang ditetapkan.
- Memuatkan, menurunkan dan menyusun tong gas dengan selamat serta memastikan muatan diikat dengan kemas.
- Menghantar tong gas berisi dan mengambil semula tong kosong daripada pelanggan.
- Menyemak serta merekod jumlah tong berisi dan kosong sebelum keluar, semasa penghantaran dan selepas kembali ke premis.
- Memastikan jumlah tong, rekod jualan dan dokumen penghantaran adalah tepat serta melaporkan sebarang perbezaan.
- Mengutip bayaran pelanggan, mengeluarkan dokumen jualan yang berkaitan dan menyerahkan kutipan berserta rekod kepada pihak pejabat.
- Mematuhi harga jualan dan syarat kredit yang ditetapkan oleh syarikat.
- Menjaga hubungan baik dengan pelanggan, menerima pesanan dan membantu mendapatkan pelanggan baharu di kawasan jualan.
- Memeriksa keadaan asas lori sebelum perjalanan serta melaporkan kerosakan atau keperluan penyelenggaraan.
- Mematuhi peraturan jalan raya dan prosedur keselamatan pengendalian LPG, termasuk larangan merokok semasa mengendalikan gas.
- Melaporkan dengan segera sebarang kemalangan, kebocoran, kerosakan tong, kehilangan atau aduan pelanggan.
Jawatan ini termasuk dalam bidang pemandu lori. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja pemandu lori; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji pemandu lori daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Kontrak / Sementara
Mengenai Syarikat
Rompin Enterprise
Semua jawatan syarikat iniSumber: Jobstreet · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.