Admin Clerk
Biomaju Harta Sdn Bhd
RM1,800 - RM2,000 /bln
Deskripsi Kerja
Agensi Pekerjaan kami sedang mencari individu yang berintegriti, proaktif dan komited untuk menyertai organisasi kami sebagai Admin Clerk. Sekiranya anda seorang yang teliti, mempunyai kemahiran pentadbiran yang baik serta mampu bekerja dalam persekitaran yang dinamik, kami mengalu-alukan permohonan anda. Kelayakan
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.
- Mempunyai kemahiran yang baik dalam penggunaan komputer serta aplikasi Microsoft Office, khususnya Microsoft Word dan Microsoft Excel.
- Berintegriti tinggi, amanah, bertanggungjawab dan mempunyai etika kerja yang profesional.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu. Penguasaan Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan.
- Mampu menguruskan tugasan secara sistematik, teratur dan menepati masa.
- Berkebolehan bekerja secara berdikari serta dalam satu pasukan.
- Mempunyai sikap positif, proaktif dan kesediaan untuk mempelajari perkara baharu.
- Mampu menerima arahan serta melaksanakan tugasan dengan cekap dan berkesan. Tanggungjawab Utama
- Melaksanakan tugasan pentadbiran dan kesetiausahaan bagi memastikan kelancaran operasi harian syarikat.
- Menguruskan panggilan telefon, surat-menyurat serta pertanyaan daripada pelanggan dalaman dan luaran secara profesional.
- Mengurus, menyelenggara dan mengemaskini rekod serta pangkalan data syarikat dengan tepat.
- Menyediakan, menyusun dan mengurus dokumen syarikat termasuk percetakan, pengimbasan, pemfailan dan penghantaran dokumen.
- Menyediakan dokumen rasmi syarikat seperti surat-menyurat, polisi syarikat dan dokumen sokongan yang berkaitan.
- Mengendalikan sistem dalam talian berkaitan pengurusan data pekerja dan memastikan maklumat sentiasa dikemas kini.
- Memberikan sokongan pentadbiran kepada pihak pengurusan serta melaksanakan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Sepenuh masa
Mengenai Syarikat
Biomaju Harta Sdn Bhd
Semua jawatan syarikat iniSumber: Mudah · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.