Kerani Sokongan Takaful
Koperasi Tenaga Nasional Berhad
Gaji tidak dinyatakan
Deskripsi Kerja
Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon dan mengisi jawatan kosong seperti yang dinyatakan. Tawaran dibuka kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut.
Skop Tugas:
- JUALAN PRODUK TAKAFUL KENDERAAN
- Menerima permohonan dari pelanggan dan menyediakan sebutharga Takaful Kenderaan mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
- Memproses polisi pelanggan baru dan pembaharuan Takaful Kenderaan dalam tempoh yang telah ditetapkan serta memproses cukai jalan MYEG (Jika perlu).
- Menerima permohonan dan mengira kelayakan bagi pelanggan yang memohon pembiayaan untuk memperbaharui Takaful Kenderaan.
- Merekod dan mencetak nota perlindungan untuk proses potongan gaji.
- Mengemas kini dan menyenaraikan hasil jualan polisi secara harian.
- Menguruskan polisi endorsement pelanggan berkaitan penambahan windscreen, NCD withdrawal, interchange plate number, extension, refund rebate (potongan gaji), salinan polisi dan lain-lain.
- Mengemas kini data yang masih belum selesai berserta maklum balas.
- Memaklumkan sebarang pertanyaan atau sebarang pemakluman kepada pelanggan.
- Mencapai KPI bulanan seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- JUALAN PRODUK TAKAFUL IDAMAN
- Mempromosi produk Takaful Idaman serta mencapai KPI bulanan seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- AKTIVITI SOKONGAN
- Terlibat dalam pelaksanaan aktiviti pemasaran secara atas talian (online) dan luar talian (offline).
- Menyertai aktiviti jelajah promosi ke pejabat-pejabat TNB yang berkaitan.
- Memastikan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan berada pada tahap yang cemerlang.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pentadbiran atau perkhidmatan pelanggan (pengalaman dalam industri Takaful adalah satu kelebihan).
Kemahiran komunikasi yang baik serta berupaya bekerja dalam pasukan.
Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, Outlook).
Berdisiplin, amanah dan teliti dalam menjalankan tugas.
Faedah / Kelebihan
-
Persekitaran kerja yang baik
-
Latihan dan kursus berkaitan disediakan
-
Faedah Perubatan
Lokasi Kerja: Wisma Pantai, Jalan Pantai Baharu, Bangsar
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Kontrak
Mengenai Syarikat
Koperasi Tenaga Nasional Berhad
Semua jawatan syarikat iniSumber: MyFutureJobs · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.