Senior Warehouse Assistant
Maudire Distribution
RM2,300 - RM3,200 /bln
Deskripsi Kerja
📦 Kami sedang mencari: Senior Warehouse Assistant
Lokasi: Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur
📍 Lokasi strategik dalam jarak berjalan kaki dari stesen LRT Maluri dan MRT Cochrane.
Tentang Kami
Di Maudīre Distribution Sdn Bhd, kami mengedar pelbagai jenama antarabangsa bagi kategori gaya hidup, teknologi dan barangan pengguna di seluruh Malaysia, termasuk Marshall Lifestyle, Soundtech (Singapore), MaH Bags, Kodak Home & Office Media, Technics Audio dan banyak lagi.
Kami mencari Senior Warehouse Assistant yang bertanggungjawab, praktikal dan teliti untuk menyertai pasukan kami serta menyokong operasi gudang harian. Jika anda teratur, boleh diharap dan suka bekerja dalam persekitaran yang pantas, kami mengalu-alukan permohonan anda!
Apa Yang Kami Tawarkan (Gaji & Faedah)
💰 Gaji bulanan yang kompetitif berdasarkan pengalaman
- RM2,300 – RM2,600 - Calon yang mempunyai kemahiran asas membaca Bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Cina mudah.
- RM2,600 – RM2,900 - Calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan, kemahiran komputer asas, serta kebolehan mengurus penghantaran dan mengendalikan barang pulangan.
- RM2,900 – RM3,200 - Calon berpengalaman yang mahir dalam stock take, kawalan inventori dan penerimaan barang.
Tanggungjawab utama
- Pick, sediakan, pack dan susun stok untuk penghantaran kepada peniaga dan pelanggan akhir
- Pastikan semua pesanan tepat, dibungkus dengan baik dan sedia untuk dihantar
- Berkoordinasi dengan ahli pasukan berkaitan untuk mengurus penghantaran dan shipment
- Periksa, tapis, rekod dan proses produk pulangan dalam tempoh waranti (RMA)
- Semak keadaan produk, aksesori, pembungkusan dan dokumen berkaitan
- Lakukan kerja baik pulih asas, repacking dan penggantian pembungkusan jika perlu
- Pastikan produk kelihatan kemas dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan sebelum dikembalikan ke stok atau disediakan untuk jualan semula
- Terima stok yang baru tiba dan sahkan kuantiti berdasarkan delivery order dan dokumen berkaitan
- Bantu dalam stock take dan kawalan inventori, kekalkan rekod stok yang tepat dan kemas kini maklumat inventori menggunakan sistem komputer
Apa Yang Kami Cari
- Sikap: Bertanggungjawab, rajin, berdisiplin dan bersedia untuk belajar.
- Etika kerja: Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
- Pengurusan: Teliti terhadap butiran dan boleh memastikan ruang kerja sentiasa teratur.
- Kemahiran komputer: Pengetahuan komputer asas menjadi kelebihan.
- Pengalaman: Calon yang mempunyai pengalaman gudang berkaitan akan diberi keutamaan. Pemohon tanpa pengalaman juga dialu-alukan untuk memohon.
- Bahasa: Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran asas membaca Bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Cina mudah.
- Keperluan fizikal: Boleh melaksanakan tugas gudang harian, termasuk membungkus, mengangkat dan mengalih stok jika perlu.
Waktu Bekerja
🕘 Isnin – Jumaat: 9:00 AM – 6:00 PM
📅 Sabtu: Bekerja hanya pada Sabtu ke-2 setiap bulan (aktiviti company outing)
Kami percaya dalam mengekalkan budaya pasukan yang positif di samping menyokong kesejahteraan pekerja kami.
Faedah
- Reimbursement perubatan
- Subsidi pergigian
- Pemeriksaan kesihatan tahunan
- Caruman EPF, SOCSO & EIS
- Cuti tahunan
- Cuti umum
- Mini pantry lengkap dengan mesin kopi, peti sejuk dan Cuckoo water dispenser
- Akses percuma ke bilik gim dan kolam renang dalam bangunan
- Taman atas bumbung dan ruang rehat dengan pemandangan KL yang panoramik
Jawatan ini termasuk dalam bidang pembantu gudang. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja pembantu gudang; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji pembantu gudang daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Sepenuh masa
Mengenai Syarikat
Maudire Distribution
Semua jawatan syarikat iniSumber: Jobstreet · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.