Admin - Customer Service
Skill Termite Exterminator Sdn Bhd
RM1,700 - RM2,200 /bln
Deskripsi Kerja
RINGKASAN JAWATAN Bertindak sebagai penghubung utama antara pelanggan, pasukan teknikal dan wakil jualan bagi memastikan pertanyaan pelanggan, tempahan serta urusan perkhidmatan kawalan makhluk perosak dikendalikan dengan cekap dan profesional. Skop Tugas - Menjawab panggilan telefon, mesej WhatsApp dan pertanyaan pelanggan dengan sopan serta mesra. - Memberikan penerangan asas mengenai perkhidmatan syarikat dan menyalurkan pertanyaan kepada pasukan berkaitan. - Mengatur dan mengesahkan janji temu pemeriksaan atau rawatan bersama pelanggan. - Menyelaras jadual perkhidmatan dengan pasukan teknikal dan wakil jualan. - Membuat susulan dengan pelanggan sedia ada bagi urusan janji temu dan perkhidmatan. - Merekod serta mengemas kini maklumat pelanggan, tempahan dan status tindakan susulan. - Menerima aduan pelanggan dan menyelaraskan tindakan penyelesaian dengan pihak berkaitan. - Melaksanakan tugasan pentadbiran dan tugas lain yang berkaitan mengikut keperluan. KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN - Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu. - Mempunyai kemahiran komunikasi, perhubungan pelanggan dan penyelesaian masalah. - Mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan aplikasi Microsoft Office. - Mampu mengurus masa serta menyusun jadual janji temu dengan teratur. - Cepat belajar, bertanggungjawab, berinisiatif dan boleh bekerja secara berdikari. - Sabar, teliti dan profesional ketika berurusan dengan pelanggan.
Jawatan ini termasuk dalam bidang customer service. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja customer service; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji customer service daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Sepenuh masa
Mengenai Syarikat
Skill Termite Exterminator Sdn Bhd
Semua jawatan syarikat iniSumber: Mudah · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.