ADMIN (Stock & Purchasing)
Soho Plumbing & Hardware Sdn Bhd
Gaji tidak dinyatakan
Deskripsi Kerja
SKOP TUGAS – ADMIN & INTERNAL STOCK
- Pentadbiran (Admin)
· Menguruskan proses imbasan dan pemfailan Delivery Order (Cash Sales) setiap hari mengikut susunan nombor yang ditetapkan.
· Menyemak DO yang telah diimbas bagi memastikan dokumen lengkap dan tiada kesilapan atau perbezaan maklumat antara bil yang ditulis secara manual dengan rekod dalam sistem.
· Mengurus dan mengemaskini invois serta memastikan semua invois diselesaikan sebelum 5 haribulan setiap bulan.
· Menyemak harga, maklumat dan butiran invois bagi memastikan ketepatan sebelum dikemaskini ke dalam sistem.
· Menguruskan sijil syarikat, termasuk permohonan sijil baharu, pembaharuan, pemantauan tarikh luput serta memastikan dokumen dan rekod sijil sentiasa lengkap dan dikemaskini.
· Mengurus dan menyusun dokumen tender, termasuk menyediakan, menyemak, melengkapkan serta mengatur penghantaran dokumen mengikut keperluan dan tarikh yang ditetapkan.
2.Stok Dalaman & Pembelian (Internal Stock & Purchasing)
· Menguruskan pembelian, penhantaran menggunakan kontena, pesanan produk COTTA, Paip dan lain-lain termasuk membuat pesanan, pemeriksaan barang, kemasukan maklumat ke dalam sistem dan dokumen lain yang berkaitan.
· Menjalankan pemeriksaan stok dan stock take secara berkala bagi memastikan kuantiti stok fizikal sepadan dengan rekod sistem.
· Memastikan rekod stok sentiasa tepat dan dikemaskini bagi memudahkan perancangan serta pembelian stok.
· Memberikan sokongan dalam penyediaan dan pembukaan SO/DO/IV mengikut keperluan syarikat.
· Memastikan semua rekod pembelian, stok dan dokumen berkaitan disusun serta dikemaskini dengan tepat dan teratur.
SYARAT KELAYAKAN
-
Minimum SPM / Diploma dalam bidang berkaitan.
-
Mempunyai pengalaman dalam administrasi, pengurusan stok atau pembelian adalah satu kelebihan.
-
Mempunyai kemahiran asas Microsoft Office dan kemasukan data ke dalam sistem.
-
Teliti, teratur dan bertanggungjawab dalam menguruskan rekod stok dan dokumen.
-
Mampu membuat semakan stok serta memastikan rekod sistem adalah tepat.
-
Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan, serta mampu mengendalikan pelbagai tugasan (multitasking) dengan baik.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan bersedia mempelajari tugasan baharu.
GAJI DAN FAEDAH
-
Gaji Bulanan
-
Caruman KWSP, PERKESO & EIS
-
Cuti Tahunan dan Cuti Sakit
-
Kenaikan Gaji dan Bonus Tahunan Berdasarkan Penilaian Prestasi
-
Insentif bulanan disediakan berdasarkan markah prestasi, kebersihan tempat kerja dan kehadiran.
WAKTU DAN LOKASI KERJA
-
HARI BEKERJA : Sabtu - Khamis
-
WAKTU KERJA : 9:00 pagi - 5:30 petang
-
LOKASI : 502-C, Jalan Bayam, Kampung Khatib Ali, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Jawatan ini termasuk dalam bidang admin. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja admin; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji admin daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Tetap
Mengenai Syarikat
Soho Plumbing & Hardware Sdn Bhd
Semua jawatan syarikat iniSumber: MyFutureJobs · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.