HR & Admin Assistant
Kalam Khalifah Sdn Bhd
RM1,800 /bln
Deskripsi Kerja
Urus keseluruhan proses pengambilan pekerja, termasuk iklan jawatan, saringan calon, urusan temuduga, penyelarasan pemilihan dan onboarding.
Selenggara dan kemas kini rekod pekerja, fail peribadi dan pangkalan data HR.
Sediakan surat pekerjaan, surat lantikan, surat pengesahan jawatan, surat amaran, surat penerimaan peletakan jawatan dan dokumen lain berkaitan HR.
Pantau kehadiran pekerja, permohonan cuti, sijil sakit dan ketepatan masa.
Selaras penyediaan payroll, pelarasan gaji, elaun, potongan dan caruman statutori, termasuk KWSP, PERKESO, EIS dan PCB.
Uruskan faedah pekerja, semakan probation, penilaian prestasi, penilaian KPI dan proses kenaikan gaji tahunan.
Bangunkan, semak dan laksanakan polisi HR, prosedur, buku panduan pekerja dan standard operating procedure.
Kendalikan aduan pekerja, hal disiplin, kebajikan staf dan isu tempat kerja secara profesional.
Pastikan pematuhan kepada undang-undang pekerjaan Malaysia dan keperluan statutori yang berkenaan.
Selaras latihan staf, program pembangunan, aktiviti penglibatan pekerja dan majlis syarikat.
Pantau pentadbiran pejabat harian bagi memastikan operasi berjalan lancar dan cekap.
Urus bekalan pejabat, alat tulis, peralatan, aset syarikat dan rekod inventori.
Selaras penyelenggaraan, pembaikan, kebersihan dan keperluan kemudahan pejabat yang lain.
Urus surat-menyurat masuk dan keluar, sistem fail, dokumen rasmi dan rekod pentadbiran.
Selaras mesyuarat, sediakan minit mesyuarat, atur temujanji dan susuli arahan pihak pengurusan.
Bantu menyediakan bajet pentadbiran, pantau perbelanjaan dan selenggara dokumentasi sokongan.
Selaras urusan perjalanan syarikat, penginapan, pengangkutan dan logistik berkaitan.
Pantau penyedia perkhidmatan pentadbiran, pembekal, sebut harga dan pembelian mengikut prosedur syarikat.
Pastikan kawalan dokumen, kerahsiaan dan pengendalian maklumat syarikat yang selamat.
Berikan sokongan pentadbiran kepada pihak pengurusan dan jabatan lain mengikut keperluan.
Jawatan ini termasuk dalam bidang admin. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja admin; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji admin daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Tetap
Mengenai Syarikat
Kalam Khalifah Sdn Bhd
Semua jawatan syarikat iniSumber: MyFutureJobs · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.