Langkau ke kandungan
Pejabat

Customer Service Representative

Red One Network Sdn. Bhd.

Gaji tidak dinyatakan

Kota Kinabalu, Sabah, Sabah
Mohon di MyFutureJobs

Deskripsi Kerja

SUKA TOLONG ORANG DAN NAK BUAT PERUBAHAN? JOM SERTAI TEAM KAMI!

Awak seorang yang mesra, suka menolong dan seronok berjumpa orang serta menyelesaikan masalah? Sertai RED ONE Network Sdn Bhd sebagai Customer Service Representative dan jadi sebahagian daripada team yang bantu pelanggan nikmati pengalaman perkhidmatan yang lebih baik!

Awak akan bantu pelanggan walk-in, jawab pertanyaan, uruskan isu perkhidmatan dan sokong operasi harian cawangan retail. Kalau awak seronok bekerja dengan orang dan bersedia tingkatkan kemahiran customer service, kami mengalu-alukan awak untuk memohon!

GAMBARAN PERANAN

  • Pastikan operasi harian di RED ONE Retail Outlets berjalan lancar.
  • Jadi orang utama yang menghubungkan pelanggan dengan syarikat.
  • Bantu pelanggan untuk pesanan, bil, pertanyaan akaun, pembatalan talian, aduan dan perkara berkaitan perkhidmatan yang lain.
  • Sokong kempen dan inisiatif syarikat supaya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KERJA

  • Layani pelanggan walk-in dan beri maklumat yang tepat tentang produk, perkhidmatan, pendaftaran talian, permintaan dan aduan mengikut polisi serta prosedur syarikat.
  • Fahami keperluan pelanggan dan kenal pasti peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan bagi menyokong pertumbuhan jualan.
  • Sediakan laporan tentang kepuasan pelanggan, aduan dan isu perkhidmatan untuk semakan Penyelia.
  • Kekalkan pengetahuan yang baik tentang produk, perkhidmatan, proses dan terma syarikat supaya dapat menjawab pertanyaan pelanggan dengan tepat.
  • Uruskan aduan pelanggan dan selesaikan isu dalam tempoh perkhidmatan (SLA) yang ditetapkan.
  • Beri maklum balas terkini kepada pelanggan melalui emel atau panggilan telefon dan simpan rekod panggilan jika perlu.
  • Pastikan kaunter dibuka dan ditutup dengan betul, serta serahan tugas berjalan lancar sepanjang waktu operasi.
  • Susuli permintaan pelanggan yang masih tertunggak dan kes yang lambat diselesaikan supaya selesai mengikut masa.
  • Bekerjasama rapat dengan team dalaman dan jabatan lain untuk selesaikan isu pelanggan dan sokong inisiatif syarikat.
  • Laksanakan tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia.

SYARAT KERJA

  • Minimum SPM / Higher Secondary School / “O” Level dalam apa-apa bidang.
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam Customer Service, Retail atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman dalam industri telekomunikasi (Telco) adalah kelebihan tambahan.
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
  • Boleh mendengar pelanggan, faham keperluan mereka dan selesaikan masalah dengan berkesan.
  • Teratur, boleh utamakan tugas dan selesaikan kerja mengikut tarikh akhir.
  • Mahir dalam aplikasi Microsoft Office.
  • Boleh bekerja di bawah tekanan dan capai target yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  • Boleh bekerjasama dengan pelanggan, ahli team dan jabatan lain.
  • Bertanggungjawab, proaktif dan bersedia untuk belajar.

LOKASI KERJA

Kota Kinabalu, Sabah

BERMINAT? MOHON SEKARANG!

Kalau awak seronok menolong pelanggan, menyelesaikan masalah dan bekerja dalam team, kami ingin dengar daripada awak.

Hantar permohonan awak ke hr.recruitment@redone.com.my.

Jawatan ini termasuk dalam bidang customer service. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja customer service; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji customer service daripada iklan lain.

Maklumat Jawatan

Jenis kerja
Tetap

Mengenai Syarikat

Red One Network Sdn. Bhd.

Semua jawatan syarikat ini

Sumber: MyFutureJobs · Terakhir dilihat

Panduan berkaitan

Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.

Jawatan Serupa

Pejabat

RM2,000 /bln

Batu Caves, Kuala Lumpur

Seorang Pembantu Sumber Manusia & Pentadbiran memainkan peranan penting dalam menyokong operasi pentadbiran dan pejabat harian…

Tetap
Lihat

Logistics Clerk

Hiredly

Pejabat

RM2,000 /bln

Petaling Jaya, Selangor

Kami sedang mencari seorang Logistics Clerk yang bertanggungjawab dan teratur untuk membantu urusan penghantaran dan pengangkutan…

Tetap
Lihat

RM2,000 /bln

Batu Caves, Kuala Lumpur

Penyelaras Operasi & Admin bertanggungjawab untuk operasi dan penyelenggaraan pejabat harian, mengurus bekalan dan stok pejabat,…

Tetap
Lihat
[Pekerja] Cari Kerja