Accounts & HR Administrative Assistant
TNC Kinabalu Trading Sdn Bhd
Gaji tidak dinyatakan
Deskripsi Kerja
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Pengurusan Akaun Belum Bayar
Semak dan sahkan invois pembekal, proses pembayaran mengikut terma kredit yang diluluskan, dan pastikan rekod pembayaran tepat.
Susuli invois yang belum dijelaskan dan berurusan dengan pembekal berkaitan perkara pembayaran.
- Rekod Perakaunan & Penyesuaian
Sediakan dan kemas kini catatan perakaunan, baucar pembayaran, baucar jurnal dan spreadsheet perakaunan.
Pastikan rekod perakaunan dan dokumen sokongan tepat dan teratur menggunakan sistem perakaunan Syarikat.
- Pentadbiran HR & Rekod Pekerja
Simpan dan kemas kini rekod peribadi pekerja, dokumen pekerjaan dan fail berkaitan HR yang lain.
Pantau dan kemas kini kehadiran pekerja, rekod cuti dan dokumentasi berkaitan.
Bantu urusan payroll dengan menyediakan dan menyemak maklumat kehadiran, cuti dan payroll yang berkaitan mengikut prosedur Syarikat.
Bantu urusan pentadbiran pengambilan pekerja, termasuk mengatur temuduga, berurusan dengan calon dan menyimpan rekod pengambilan.
- Penyelarasan Pembekal & Dokumen
Berurusan dengan pembekal dan pihak berkaitan mengenai invois, nota kredit, nota debit, penyata akaun dan dokumen yang belum selesai.
Pastikan fail dan simpanan rekod perakaunan, HR dan pentadbiran tersusun dan selamat.
- Penutupan Hujung Bulan & Sokongan Audit
Bantu semakan ageing akaun belum bayar, penutupan hujung bulan, laporan kewangan dan keperluan audit apabila perlu.
- Pentadbiran Am & Tugas Lain
Berikan sokongan pentadbiran am dan pastikan dokumentasi tersusun mengikut polisi dan prosedur Syarikat.
Laksanakan tugas lain yang munasabah seperti yang diarahkan oleh Pengurus atau pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.
Jawatan ini termasuk dalam bidang admin. Kalau anda belum pasti apa yang perlu dibuat setiap hari dan apa syarat kemasukannya, baca dulu skop kerja admin; kalau yang anda nak tahu ialah sama ada bayaran ini berpatutan, bandingkan dengan gaji admin daripada iklan lain.
Maklumat Jawatan
- Jenis kerja
- Tetap
Mengenai Syarikat
TNC Kinabalu Trading Sdn Bhd
Semua jawatan syarikat iniSumber: MyFutureJobs · Terakhir dilihat
Panduan berkaitan
Faham skop kerja dan syarat sebelum mohon.